malam 3

Tuesday, December 30, 2008


Telah datang malam menemukan aku dengan bulan yang sentiasa ingin kupeluk. Limpah cahayanya yang cemerlang ingin aku aku jadikan siramanku waktu kelam. Namun bila datang awan mendung berbondong-bondong menyelimut malam dan menyalut malam, aku jadi tak menentu. Titik-titik renyai yang jatuh memanah buana biar sahaja aku panggil tangis bulan.

Bulan menangis? Aduh!

Ayuhai bulan yang sentiasa datang waktu malam dan menyimbah cahaya... biarlah aku jadi nakhoda untuk memandu bahtera yang bisa membawamu ke sebuah dermaga di tubir sebuah daerah yang ada kita. Cuma kita!

Atau nantikan aku bermantera untuk menyeru awan hitam tak lagi hitam dan titik-titik renyai tak lagi membusur.

1 comments:

Eja Kamel said...

sumpah x faham...ni tentang ape ni? tentang bulan? sori la ode. eja bkn org arts..heh..