Malam...Berceritalah tentang dirimu.

Thursday, October 15, 2009

Telah aku katakan lewat masa yang berdetik. Aku pemuja malam yang membelai bulan, mendakap bintang dan bersiram embun. Malam hadir dangan wajah yang cemerlang dan tubuh yang menawan. Decit unggas malam tak setajam jerit gagak.

Malam... Berceritalah lagi tentang dirimu. Tentang angin malam yang dingin. Tentang suasana kelam yang tenang. Tentang isi buana yang istirehat.


* * *

Siang datang dengan mentari yang pekat.
Datang untuk menyiat!!!


UNTUK YANG BERNAMA CINTA

Monday, October 12, 2009

UNTUK YANG BERNAMA CINTA



Di bawah sinar jingga yang manja

Kita mengadu tentang cinta

Menghembus rindu yang memberontak

pada sisik-sisik ombak

mengizinkan pawana membelai kata

untuk melangkah menyelusuri masa.


Cinta

Di persisir samudera

Kan kutanamkan pohon setia

-janji ini mengakar-

dan menjadi sumpah ikrar

bahawa hatiku telah dipagar.




ODE

Bangi Lama.

Siaran Tergendala

Sunday, August 23, 2009



GAGAP

Wednesday, August 5, 2009

Dahulu, ada seorang budak lelaki yang gagap. Biarlah aku namakan beliau dengan nama Samad. Aku kenal beliau ketika beliau bukan budak lagi. Aku rasa Samad ni belum pun bermisai dan berjanggut ketika beliau masih gagap.


Kerana gagap itu, Samad suka menyendiri. Berseorangan. Kerana apabila berhadapan dengan khalayak, Samad akan jadi gagap. Oleh kerana sifat suka menyendiri itu, Samad menjadi seorang yang sangat rapat dengan buku. Di perpustakaan Sekolah Kota Raja, Samad menghabiskan masa membaca buku-buku di sana hingga berulang kali.


Suatu hari, Samad dapat tajaan biasiswa untuk menyambung pelajaran di salah sebuah skolah terpilih di Singapura. Samad suka ke toko buku. Toko buku yang selalu dilawatinya adalah di Sungai Road, Singapura. Ada dijual buku-buku yang murah.


Samad juga suka berada di perpustakaan. Katanya, beliau selalu berada di Raffles Library. Di sana boleh pinjam sehingga 4 buah buku.


Entah tahun berapa, Samad telah mengikuti sebuah bengkel yang dikelola oleh Harun Amina Rashid. Bengkel yang bergantung kepada individu itu sendiri. Kalau nak datang, datang. Kalau nak balik, balik.


Kerana kegagapan Samad, Samad ingin menjadi seorang pensyarah atau penceramah. Samad cuba menghilangkan kegagapan beliau dengan menyalin 20 perkataan bagi setiap abjad untuk 1 hari. Dan Samad lakukan tiap-tiap hari!


Satu hari, Samad terbaca tentang Demmo Tennis (abaikan ejaan) iaitu seorang penceramah yang terkenal di dunia Greek, Yunani. Beliau ini juga seorang yang gagap. Sangat gagap. Cara beliau menghilangkan gagap adalah dengan ke pantai seorang diri dan cuba bercakap jauh lebih nyaring dari suara ombak.


Oleh itu, Samad juga melakukan perkara yang sama. Kadangkala seharian Samad menunggu ombak kerana tak tahu jadual pasang surut air. Dan apabila ombak tiba, beliau cuba bercakap lebih kuat dari ombak. Tempat Samad selalu menunggu ombak adalah di Beach Road.


Lama-kelamaan, Samad sudah boleh bercakap dengan khalayak. Berjaya dengan cara bercakap dengan ombak. Ketika Samad berceramah, beliau lupakan orang adalah orang dan khayalkan yang di depan beliau adalah ombak.


Untuk pengetahuan semua, tahun ini Samad lebih banyak bercakap dari menulis.


Dan untuk pengetahuan semua juga, Samad yang aku maksudkan adalah Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said.


Sekian, terima kasih.

semoga masih ada bulan untukku puja.

Monday, June 22, 2009

samudera

Saturday, June 20, 2009

Sekali lagi
setelah ombak datang menyelubungku dari bernafas
dan menghempas segenap pojok sanubari,
samudera yang saujana terbentang
mengirim karang yang tajam
menghiris setiap pembuluh darahku.

"samudera belah samudera bertangkup
telanlah aku luluhlah aku."


ODE

bunga hutan

Thursday, June 18, 2009