Malam... Berceritalah lagi tentang dirimu. Tentang angin malam yang dingin. Tentang suasana kelam yang tenang. Tentang isi buana yang istirehat.
Datang untuk menyiat!!!
UNTUK YANG BERNAMA CINTA
Di bawah sinar jingga yang manja
Kita mengadu tentang cinta
Menghembus rindu yang memberontak
pada sisik-sisik ombak
mengizinkan pawana membelai kata
untuk melangkah menyelusuri masa.
Cinta
Di persisir samudera
Kan kutanamkan pohon setia
-janji ini mengakar-
dan menjadi sumpah ikrar
bahawa hatiku telah dipagar.
ODE
Dahulu, ada seorang budak lelaki yang gagap. Biarlah aku namakan beliau dengan nama Samad. Aku kenal beliau ketika beliau bukan budak lagi. Aku rasa Samad ni belum pun bermisai dan berjanggut ketika beliau masih gagap.
Kerana gagap itu, Samad suka menyendiri. Berseorangan. Kerana apabila berhadapan dengan khalayak, Samad akan jadi gagap. Oleh kerana sifat suka menyendiri itu, Samad menjadi seorang yang sangat rapat dengan buku. Di perpustakaan Sekolah Kota Raja, Samad menghabiskan masa membaca buku-buku di sana hingga berulang kali.
Suatu hari, Samad dapat tajaan biasiswa untuk menyambung pelajaran di salah sebuah skolah terpilih di Singapura. Samad suka ke toko buku. Toko buku yang selalu dilawatinya adalah di Sungai Road, Singapura. Ada dijual buku-buku yang murah.
Samad juga suka berada di perpustakaan. Katanya, beliau selalu berada di Raffles Library. Di sana boleh pinjam sehingga 4 buah buku.
Entah tahun berapa, Samad telah mengikuti sebuah bengkel yang dikelola oleh Harun Amina Rashid. Bengkel yang bergantung kepada individu itu sendiri. Kalau nak datang, datang. Kalau nak balik, balik.
Kerana kegagapan Samad, Samad ingin menjadi seorang pensyarah atau penceramah. Samad cuba menghilangkan kegagapan beliau dengan menyalin 20 perkataan bagi setiap abjad untuk 1 hari. Dan Samad lakukan tiap-tiap hari!
Satu hari, Samad terbaca tentang Demmo Tennis (abaikan ejaan) iaitu seorang penceramah yang terkenal di dunia Greek, Yunani. Beliau ini juga seorang yang gagap. Sangat gagap. Cara beliau menghilangkan gagap adalah dengan ke pantai seorang diri dan cuba bercakap jauh lebih nyaring dari suara ombak.
Oleh itu, Samad juga melakukan perkara yang sama. Kadangkala seharian Samad menunggu ombak kerana tak tahu jadual pasang surut air. Dan apabila ombak tiba, beliau cuba bercakap lebih kuat dari ombak. Tempat Samad selalu menunggu ombak adalah di Beach Road.
Lama-kelamaan, Samad sudah boleh bercakap dengan khalayak. Berjaya dengan cara bercakap dengan ombak. Ketika Samad berceramah, beliau lupakan orang adalah orang dan khayalkan yang di depan beliau adalah ombak.
Untuk pengetahuan semua, tahun ini Samad lebih banyak bercakap dari menulis.
Dan untuk pengetahuan semua juga, Samad yang aku maksudkan adalah Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said.
Sekian, terima kasih.
Hari ahad yang lepas, aku ke pesta buku. Aku pergi sana seorang diri. Memang aku berniat nak jalan seorang diri sebab kalau jalan dengan rakan-rakan MPR, segan aku. cemburu pun ada. kalau mereka gi pesta buku, mesti beli macam-macam buku. aku kadang-kadang datang nak meramaikan majlis jer. hehehe....
Alhamdulillah, tahun ini aku dapat beli 3 buah buku. Ketupat Cinta-Faisal Tehrani, Rawa-Isa Kamari dan Tawarikh Cinta-Nisah Haron. Kerana membeli sebuah buku Isa Kamari, beliau menghadiahkan sebuah buku puisinya. Best!
Selepas membeli buku, aku gi makan kat Pizza Hut the mall sementara menunggu rakan-rakan yang lain. Kemudian kami ke dewan Johor untuk mengikuti mini forum sai fai (sains fiksyen dan fantasi) anjuran PTS. Di atas ini adalah 2 keping gambar yang sempat diambil.
Majlis Diskusi Karya Mantan Minggu Penulis Remaja (MPR) kembali lagi. Majlis kali ini akan diadakan dengan kerjasama Alumni Minggu Penulis Remaja dan Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pihak Alumni Minggu Penulis Remaja (MPR) dengan sukacitanya menjemput semua ahli kelab alumni, para penulis, pembaca, penelaah, pemerhati, peminat dan pencinta ilmu sastera tanah air untuk menghadiri majlis ini.
Bloggerized by Blogger | Distributed by Deluxe Templates