Ratna Pakaja

Tuesday, July 24, 2012



RATNA PAKAJA


yang menitik di ubun-ubun jauhari
adalah cinta. Selama kelopak mawar tak luntur
tekun ia menukangi manikam di daerah tempias pelangi
keliling rama-rama puspawarna
dan unggas yang bersiul irama perindu.

Tukul dan pahat menginjak berentak
ikut tari nota lagu atas lajur.
Purnama:
pungguk hinggap dan pergi-datang lagi nanti
bakawali kembang dan kuncup-mekar lagi nanti
ia tetap mengetuk dan membentuk.

Hanya jauhari kenal manikam.




ODE

KUALA LUMPUR

Thursday, February 9, 2012

KUALA LUMPUR


Tak pernah tidur? Tidak.
Kuala Lumpur
Tidur. Dan berdengkur



ODE

MEMILIH SENGSARA

Thursday, October 6, 2011


Aku. Barangkali terlalu memilih aksara untuk membina kata CINTA. Jadilah sengsara.
Sedang dengan aksara S.A.Y.A.N.G juga bisa terbit kata CINTA. Walau datangnya tak terbina dengan nyata. Kerana aku tetap dengan aksara C.I.N.T.A untuk kata CINTA, jadilah sengsara.
Sedang dengan aksara R.I.N.D.U yang punya sama rasa dan percaya pun bakal melahirkan kata CINTA. Tapi aku begitu ego untuk memilih aksara C.I.N.T.A untuk berteguh menjadi CINTA. Maka, jadilah sengsara.

Mawar berona puspawarna harum mekar. Juga untuk kata CINTA.
Senja di atas pepasir, saujana mentari tidur. Juga untuk kata CINTA.
Dian menyatu dua bayang dalam secangkir koktel. Juga untuk kata CINTA.

Akulah. Jadilah. Sengsara.

MALAM YANG MENYABIT

Thursday, July 14, 2011


Tuan
aku masih melihat bulan yang sama
parasnya, ukirnya, senyumnya masih yang sama
setelah lama aku menari dan bertemasya dibawahnya
akhirnya ketika bulan masih yang sama
telah tersabit dua usia.
Tuan
bulan masih yang sama
mengapa harus aku tusuk pohon kemboja
pada kuburan yang berbeza?
Tuan
bulan masih yang sama.
Masih yang sama.
Yang sama.
Sama.

malam

Saturday, May 22, 2010

1234566

TENTANG

Wednesday, March 10, 2010

Hati aku memberontak untuk menulis tentang sesuatu. Sesuatu itu aku letakkan ia sebagai sekeping kertas yang telah dilipat-lipat menjadi sebuah kapal terbang panjang di mana kalau di lemparkan pada sasaran, pasti ia mengena. Namun ketika ini, sesuatu itu bagaikan sehelai kertas yang sedia pipih dan melayang-layang berkelana merentas lautan api, gunung yang tajam, tanah yang membahang.


JEDA

Malam...Berceritalah tentang dirimu.

Thursday, October 15, 2009

Telah aku katakan lewat masa yang berdetik. Aku pemuja malam yang membelai bulan, mendakap bintang dan bersiram embun. Malam hadir dangan wajah yang cemerlang dan tubuh yang menawan. Decit unggas malam tak setajam jerit gagak.

Malam... Berceritalah lagi tentang dirimu. Tentang angin malam yang dingin. Tentang suasana kelam yang tenang. Tentang isi buana yang istirehat.


* * *

Siang datang dengan mentari yang pekat.
Datang untuk menyiat!!!