Malam...Berceritalah tentang dirimu.

Thursday, October 15, 2009

Telah aku katakan lewat masa yang berdetik. Aku pemuja malam yang membelai bulan, mendakap bintang dan bersiram embun. Malam hadir dangan wajah yang cemerlang dan tubuh yang menawan. Decit unggas malam tak setajam jerit gagak.

Malam... Berceritalah lagi tentang dirimu. Tentang angin malam yang dingin. Tentang suasana kelam yang tenang. Tentang isi buana yang istirehat.


* * *

Siang datang dengan mentari yang pekat.
Datang untuk menyiat!!!


UNTUK YANG BERNAMA CINTA

Monday, October 12, 2009

UNTUK YANG BERNAMA CINTA



Di bawah sinar jingga yang manja

Kita mengadu tentang cinta

Menghembus rindu yang memberontak

pada sisik-sisik ombak

mengizinkan pawana membelai kata

untuk melangkah menyelusuri masa.


Cinta

Di persisir samudera

Kan kutanamkan pohon setia

-janji ini mengakar-

dan menjadi sumpah ikrar

bahawa hatiku telah dipagar.




ODE

Bangi Lama.

Siaran Tergendala

Sunday, August 23, 2009



GAGAP

Wednesday, August 5, 2009

Dahulu, ada seorang budak lelaki yang gagap. Biarlah aku namakan beliau dengan nama Samad. Aku kenal beliau ketika beliau bukan budak lagi. Aku rasa Samad ni belum pun bermisai dan berjanggut ketika beliau masih gagap.


Kerana gagap itu, Samad suka menyendiri. Berseorangan. Kerana apabila berhadapan dengan khalayak, Samad akan jadi gagap. Oleh kerana sifat suka menyendiri itu, Samad menjadi seorang yang sangat rapat dengan buku. Di perpustakaan Sekolah Kota Raja, Samad menghabiskan masa membaca buku-buku di sana hingga berulang kali.


Suatu hari, Samad dapat tajaan biasiswa untuk menyambung pelajaran di salah sebuah skolah terpilih di Singapura. Samad suka ke toko buku. Toko buku yang selalu dilawatinya adalah di Sungai Road, Singapura. Ada dijual buku-buku yang murah.


Samad juga suka berada di perpustakaan. Katanya, beliau selalu berada di Raffles Library. Di sana boleh pinjam sehingga 4 buah buku.


Entah tahun berapa, Samad telah mengikuti sebuah bengkel yang dikelola oleh Harun Amina Rashid. Bengkel yang bergantung kepada individu itu sendiri. Kalau nak datang, datang. Kalau nak balik, balik.


Kerana kegagapan Samad, Samad ingin menjadi seorang pensyarah atau penceramah. Samad cuba menghilangkan kegagapan beliau dengan menyalin 20 perkataan bagi setiap abjad untuk 1 hari. Dan Samad lakukan tiap-tiap hari!


Satu hari, Samad terbaca tentang Demmo Tennis (abaikan ejaan) iaitu seorang penceramah yang terkenal di dunia Greek, Yunani. Beliau ini juga seorang yang gagap. Sangat gagap. Cara beliau menghilangkan gagap adalah dengan ke pantai seorang diri dan cuba bercakap jauh lebih nyaring dari suara ombak.


Oleh itu, Samad juga melakukan perkara yang sama. Kadangkala seharian Samad menunggu ombak kerana tak tahu jadual pasang surut air. Dan apabila ombak tiba, beliau cuba bercakap lebih kuat dari ombak. Tempat Samad selalu menunggu ombak adalah di Beach Road.


Lama-kelamaan, Samad sudah boleh bercakap dengan khalayak. Berjaya dengan cara bercakap dengan ombak. Ketika Samad berceramah, beliau lupakan orang adalah orang dan khayalkan yang di depan beliau adalah ombak.


Untuk pengetahuan semua, tahun ini Samad lebih banyak bercakap dari menulis.


Dan untuk pengetahuan semua juga, Samad yang aku maksudkan adalah Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said.


Sekian, terima kasih.

semoga masih ada bulan untukku puja.

Monday, June 22, 2009

samudera

Saturday, June 20, 2009

Sekali lagi
setelah ombak datang menyelubungku dari bernafas
dan menghempas segenap pojok sanubari,
samudera yang saujana terbentang
mengirim karang yang tajam
menghiris setiap pembuluh darahku.

"samudera belah samudera bertangkup
telanlah aku luluhlah aku."


ODE

bunga hutan

Thursday, June 18, 2009

Oh....Nani

Sunday, June 14, 2009


Ketika matahari sedang memancar ke muka bumi,
awan dengan megah beronani dan memancutkan maninya:
"Lihatlah buana, aku sedang menghidupkan isimu!"



ode

Dirotan Masa

Monday, June 8, 2009

Jika bisa aku petik kelopak mawar
jadikan permaidani merah,
akanku tabur di sepanjang perjalanan.

Jika bisa aku menyisip antara masa
semoga di sela itu milikmu.
Jeda. Keringat mulai menitik.

Maafkan kawan.
Semuanya jika bisa.
Tapi aku tak pernah bisa
membelah tubuhku
untuk memanjat beberapa pergunungan
pada detik yang sama.

Semoga mentari yang terik
mengukir keindahan harimu.


ODE
(Selamat Hari Pertunangan Ali dan Zeera)

malam 5

Tuesday, May 26, 2009



cuma buang masa

Saturday, May 9, 2009

JAKARTA-BANDUNG

Tuesday, May 5, 2009

Di bawah ini adalah beberapa gambar yang sempat aku ambil sewaktu lawatan ke Jakarta-Bandung. Paling aku seronok apabile berjumpa dengan seorang sasterawan yang cuma aku kenal melalui naman dan karyanya sahaja iaitu pak Sapardi Djoko Damono. Pertemuan yang sangat bermakna.











PESTA BUKU 2009

Friday, April 24, 2009

Dari kiri, belakang : Azree Hanafiah, M.F Kencana, Zulfazlan Jumrah, Ahmad Patria Abdullah, Nissa' Yusof, Hani Salwah Yaakup.
Depan : ODE


Dari kiri, belakang : Azree Hanafiah, ODE, MF Kencana.
Dari Kiri, depan : Hani Salwah Yaakup, Nisah Haji Haron, Nissa' Yusoff, Saharil Hasrin Sanin, Zulfazlan Jumrah.




Hari ahad yang lepas, aku ke pesta buku. Aku pergi sana seorang diri. Memang aku berniat nak jalan seorang diri sebab kalau jalan dengan rakan-rakan MPR, segan aku. cemburu pun ada. kalau mereka gi pesta buku, mesti beli macam-macam buku. aku kadang-kadang datang nak meramaikan majlis jer. hehehe....

Alhamdulillah, tahun ini aku dapat beli 3 buah buku. Ketupat Cinta-Faisal Tehrani, Rawa-Isa Kamari dan Tawarikh Cinta-Nisah Haron. Kerana membeli sebuah buku Isa Kamari, beliau menghadiahkan sebuah buku puisinya. Best!

Selepas membeli buku, aku gi makan kat Pizza Hut the mall sementara menunggu rakan-rakan yang lain. Kemudian kami ke dewan Johor untuk mengikuti mini forum sai fai (sains fiksyen dan fantasi) anjuran PTS. Di atas ini adalah 2 keping gambar yang sempat diambil.



Sebuah Roh Yang Sedang Mati

Thursday, April 23, 2009

Aksara dari seorang cinta
adalah sabda panji pedang
menusuk ke setiap pembuluh yang melingkar
semenanjung jantung.
Memutuskan segenap urat rindu
mematahkan temulang kasih.
Sebuah roh tunggal terciptakan untuk mencintai,
sedang mati.






ODE

seminar kepengarangan muslimah nusantara

Wednesday, April 15, 2009






tempoh hari (tak ingat tarikh) aku ke DBP buat persembahan silat untuk penutupan seminar kepengarangan muslimah nusantara. Ramai penyair datang pada malam itu. Ada penyair dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Semasa hari perasmian pembukaan, aku ada lepak bersama Mas Yo di bucu yang menjadi ketua Sastra Reboan di Jakarta. Ya, Sastra Reboan. Acara sastera di Indonesia yang akan aku turut serta lagi 2 minggu. Aku akan baca sajak di Jakarta nanti. Berbalik kepada acara penutup seminar kepengarangan muslimah nusantara, aku bersilat sebagai simbolik membuka gelanggang untuk acara deklamasi puisi selepas ucapan penutup oleh KP DBP yang baru. Sila lihat gambar-gambar di atas. Gambar aku sedang silat tak ada kerana orang yang aku minta ambil gambar sibuk berbual.hahaha....

tak tau tajuk sajak ni apa.

Sunday, March 8, 2009

kulari hutan kemudian menyanyiku
kulari ke pantai kemudian teriakku
sepi, sepi dan sendiri
aku benci

Aku ngin bingar
aku mau di pasar
bosan aku dengan penat
dan enyah saja kau pekat
seperti berjelaga
jika ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya
biar ramai
biar mengaduh sampai gaduh

Ah...ada malaikat menyulam
jaring laba-laba belang
di tembok keraton putih
kenapa tak goyangkan saja loncengnya
biar terdera

Atau aku harus lari ke hutan
belok ke pantai ........

BELASUNGKAWA (allahyarham Zubir Ali)

Friday, March 6, 2009


Hari ini kita kehilangan seorang lagi insan seni yang banyak mengalirkan seni dalam bentuk lagu.
Balada Gadis Kecil adalah sebuah lagu yang sangat memberi kesan kepada aku. Kali terakhir aku bertemu dengan allahyarham adalah pada tahun lepas ketika aku menyaksikan sayembara deklamasi puisi peringkat kebangsaan.

Al-Fatihah.

JAKARTA

Friday, February 27, 2009



semoga Tuhan mengizinkan aku ke Jakarta di penghujung bulan 4 nanti. Aku ingin mengenali budaya sastera di sana. Amin.

malam 7

Saturday, February 14, 2009

malam tanpa kembang bakawali
malam tanpa sinar rembulan
malam tanpa titis embun
adalah sepi
lalu aku mahu di mana?
siangpun tak aku rela ia hadir
membahang hingga tulangku yang paling dalam.

MALAM 6

Monday, February 2, 2009





arrrrrggghhhhh!!!!!!

MALAM 5

Sunday, February 1, 2009


aku baru balik dari Bangsar. Jumpa orang. Aku bawak adik aku, kawan2 adik aku seramai 3 orang dan DIA. Aku drop adik aku dan kawan2 dia kat Bangsar Village sebab aku takut diorang boring plak ikot aku jumpa orang. Mungkin aku ada meeting skit. Tapi, aku bawak DIA ikot aku sekali. Aku kesian jugak kat DIA sebab aku tengok DIA dah segan2 masa sampai kat sana.hehehe...ramai kot kat situ. Aku dah serba salah. Aku nak biar DIA pegi jalan2...takut jugak sebab DIA sorang2. Kalau aku biar jer DIA dengan aku....DIA plak rasa segan+boring. Aku tak tau nak buat apa. Tapi kan...kejap jer aku dan DIA kat tempat aku nak jumpa orang tu, adik aku dan kawan2 dia dah sampai. Aku tanya...kejapnyer jalan2. Adik aku kata boring.hahaha.... hmmm....hari ni hari yg sgt kenyang utk aku.lepas makan..makan...hahaha.

* * *

JEDA,
MASA UNTUK AKU MENGENANG KEMBALI
BULAN DAN CAHAYA
YANG DATANG WAKTU SIANG.
DAN
GEMERLAPAN MALAM
DI CELAH SIULAN PUNGGUK
TAKKAN AKU LUPAKAN.

TERIMA KASIH!

BELASUNGKAWA

Sunday, January 25, 2009


Hilangnya seorang lagi sasterawan negara, Pak Arena Wati. Al-Fatihah.

sharing is caring.

Saturday, January 24, 2009

malam 4

Sunday, January 11, 2009



Ayuhai bulan...barusan aku hendak memuja sinarmu yang terang, mengapakah kau anggap bundarmu itu adalah beban untukku. Kalau iya sekalipun...biarlah aku dibebani secara fizikal. Biarlah aku galas dengan tulang belakangku. kau ikatlah segenap bintang yang berkelip di cakerawala, akan aku fikirkan cara nak mengendong.

Ayuhai bulan...kau datang malam. Siang ada mentari tapi sinar mentari hangat!

Ayuhai bulan...aku rindukan sinarmu.

MAJLIS DISKUSI KARYA MANTAN MPR 2009

Wednesday, January 7, 2009

Majlis Diskusi Karya Mantan Minggu Penulis Remaja (MPR) kembali lagi. Majlis kali ini akan diadakan dengan kerjasama Alumni Minggu Penulis Remaja dan Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pihak Alumni Minggu Penulis Remaja (MPR) dengan sukacitanya menjemput semua ahli kelab alumni, para penulis, pembaca, penelaah, pemerhati, peminat dan pencinta ilmu sastera tanah air untuk menghadiri majlis ini.

Tarikh: 17 Januari 2009 (Sabtu)
Jam: 8.30pagi - 12.30tghari
Tempat: Dewan Seminar, Aras 2, Menara DBP
Tema Pakaian Mantan : MERAH

Sesi 1

Diskusi puisi eceran dibicarakan oleh Professor Rahman Shaari

Karya-karya yang akan didiskusikan:
1. SESUMPAH – FIRDHAUS HASSAN (Tunas Cipta April 2008)
2. DI TEDUHAN SEBUAH POHON KEMERDEKAAN – NISSA' YUSOF (Mingguan Malaysia)
3. DOA YANG BUNGKAM – AZREE ARIFFIN (Mingguan Malaysia)
4. GURINDAM DAMBAAN INSANI – NOR AFIQAH BINTI MOHD SIDEK (Berita Minggu)
5. PELANGI INDAH DI LANGIT BIRUMU – FARAHANA HUSSEIN (Al-Islam)
6. PENOMAD CINTA – NURUL 'IZZAH ZAINOL (Berita Minggu)
7. HUJAN PAHALA II – ZAKI JOHARI ( Berita Harian)
8. MERINDUIMU – ODE (Berita Minggu)
9. MARSUM RALAT DARIPADA AL-AZIZ – NASRIAH ABDUL SALAM (Mingguan Malaysia)
10. MERDEKAKAN HATIMU – AINUNL MUAIYANAH SULAIMAN (Tunas Cipta)


Diskusi cerpen eceran dibicarakan oleh Dr Mawar Shafie

Karya-karya yang akan didiskusikan:
1. GERAI PISANG GORENG ABAH - AINUNL MUAIYANAH SULAIMAN (Tunas Cipta)
2. KERETA PUNYA ANGKARA – AIDIL KHALID (Tunas Cipta)
3. MAHAKARYA SEORANG PIDANA – ZULFAZLAN JUMRAH (Tunas Cipta)
4. SRENGENGE - NAI BOON MEE SARARAKS (Tunas Cipta)
5. INFILTRASI GALAKSI – M.F KENCANA (Tunas Cipta)
6. KERANA AKU BUKAN RABIATUL ADAWIYAH – SAYIDAH MU'IZZAH KAMARUL SHUKRI (Tunas Cipta)
7. SKIZOFRENIA – AZREE HANIFIAH (Tunas Cipta)
8. TUAH DAN KUCING PUTIH – MUHAMAD TARMIZE MOHD NOR (Tunas Cipta)
9. TENGGELAM DALAM KEREDHAAN – NABIHA M. MASHUT (Tunas Cipta)
10. TERIMA KASIH UNTUKMU – HANI SALWAH YAAKUP (Tunas Cipta)
11. BEZA DUA WAJAH – SAPIAH BT DERAHMAN (Antologi Palestin)

Antologi cerpen KACAK JELITA dibicarakan oleh Encik S.M.Zakir


Sesi 2

Novel BUKAN YANG PERTAMA karya Salina Ibrahim
dibicarakan oleh Dr Rosnah Baharudin

Kumpulan cerpen ESPRIT DE CORPS karya Nimoiz T.Y
dibicarakan oleh Dr Amida Abd Hamid

Kumpulan cerpen UJANA RINDU karya Mohd Ashadi Saiman & Siti Hajar Mohd Zaki
dibicarakan oleh Dr Kamariah Kamaruddin