Siaran Tergendala

Sunday, August 23, 2009



GAGAP

Wednesday, August 5, 2009

Dahulu, ada seorang budak lelaki yang gagap. Biarlah aku namakan beliau dengan nama Samad. Aku kenal beliau ketika beliau bukan budak lagi. Aku rasa Samad ni belum pun bermisai dan berjanggut ketika beliau masih gagap.


Kerana gagap itu, Samad suka menyendiri. Berseorangan. Kerana apabila berhadapan dengan khalayak, Samad akan jadi gagap. Oleh kerana sifat suka menyendiri itu, Samad menjadi seorang yang sangat rapat dengan buku. Di perpustakaan Sekolah Kota Raja, Samad menghabiskan masa membaca buku-buku di sana hingga berulang kali.


Suatu hari, Samad dapat tajaan biasiswa untuk menyambung pelajaran di salah sebuah skolah terpilih di Singapura. Samad suka ke toko buku. Toko buku yang selalu dilawatinya adalah di Sungai Road, Singapura. Ada dijual buku-buku yang murah.


Samad juga suka berada di perpustakaan. Katanya, beliau selalu berada di Raffles Library. Di sana boleh pinjam sehingga 4 buah buku.


Entah tahun berapa, Samad telah mengikuti sebuah bengkel yang dikelola oleh Harun Amina Rashid. Bengkel yang bergantung kepada individu itu sendiri. Kalau nak datang, datang. Kalau nak balik, balik.


Kerana kegagapan Samad, Samad ingin menjadi seorang pensyarah atau penceramah. Samad cuba menghilangkan kegagapan beliau dengan menyalin 20 perkataan bagi setiap abjad untuk 1 hari. Dan Samad lakukan tiap-tiap hari!


Satu hari, Samad terbaca tentang Demmo Tennis (abaikan ejaan) iaitu seorang penceramah yang terkenal di dunia Greek, Yunani. Beliau ini juga seorang yang gagap. Sangat gagap. Cara beliau menghilangkan gagap adalah dengan ke pantai seorang diri dan cuba bercakap jauh lebih nyaring dari suara ombak.


Oleh itu, Samad juga melakukan perkara yang sama. Kadangkala seharian Samad menunggu ombak kerana tak tahu jadual pasang surut air. Dan apabila ombak tiba, beliau cuba bercakap lebih kuat dari ombak. Tempat Samad selalu menunggu ombak adalah di Beach Road.


Lama-kelamaan, Samad sudah boleh bercakap dengan khalayak. Berjaya dengan cara bercakap dengan ombak. Ketika Samad berceramah, beliau lupakan orang adalah orang dan khayalkan yang di depan beliau adalah ombak.


Untuk pengetahuan semua, tahun ini Samad lebih banyak bercakap dari menulis.


Dan untuk pengetahuan semua juga, Samad yang aku maksudkan adalah Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said.


Sekian, terima kasih.