malam 3

Tuesday, December 30, 2008


Telah datang malam menemukan aku dengan bulan yang sentiasa ingin kupeluk. Limpah cahayanya yang cemerlang ingin aku aku jadikan siramanku waktu kelam. Namun bila datang awan mendung berbondong-bondong menyelimut malam dan menyalut malam, aku jadi tak menentu. Titik-titik renyai yang jatuh memanah buana biar sahaja aku panggil tangis bulan.

Bulan menangis? Aduh!

Ayuhai bulan yang sentiasa datang waktu malam dan menyimbah cahaya... biarlah aku jadi nakhoda untuk memandu bahtera yang bisa membawamu ke sebuah dermaga di tubir sebuah daerah yang ada kita. Cuma kita!

Atau nantikan aku bermantera untuk menyeru awan hitam tak lagi hitam dan titik-titik renyai tak lagi membusur.

i need an umbrella~

Saturday, December 27, 2008

malam (ii)


biarlah malam berlalu dan biar aku tidur untuk menanti siang yang lebih terang.

malam

Tuesday, December 23, 2008


badut...sebuah watak kelakar dalam mata kanak-kanak.walaupun segelintir kanak-kanak melihat badut sebagai sebuah watak yg menakutkan...namun badut tetap menghadiahkan sebuah belon yang telah direka dgn macam-macam bentuk dan gaya.

aku kagum dengan badut.

bagaimana bibir saga mereka ini tetap mengukir senyum walaupun air mata tetap mengalir dari panca delima?

demam

Sunday, December 21, 2008

aku diserang demam. aku jarang diserang demam. ntah kenapa aku boleh diserang demam. dan bila diserang demam...mesti diserang batuk dan selesema juga. 3 serang 1. owh...mana boleh macam ni. dah tentulah aku yang kalah. tapi tak apa...dengan semangat cuti yang cuma 2 minggu jer, aku kena lawan juga serangan demam+batuk+selesema. kalau tak, dalam beberapa hari ni cuti aku akan tergadai akibat serangan mereka ini.hehehe....

...

Friday, November 28, 2008

SIAPA AKU?









...

CINTA

Monday, October 6, 2008

Aku berdiri di hilir Ramadan
meratapi rembulan yang bakal pergi
dan menanti fajar
terbit di hulu Syawal.



ode

seorang tua dan harmonika

Wednesday, August 20, 2008

tajuk: seorang tua dan harmonika

lagu: Airmas_SZ

lirik: ODE

sajak di berita minggu

Tuesday, August 19, 2008

mantera di DBP

maskara

Monday, August 18, 2008

baru..

Sebenarnya dah lama ada blog kat sini tapi tak update dan update. biar terbengkalai.
sekarang nak update balik.
sebab sudah ada kekuatan utk join blog ini.
=)